Monday, June 25, 2018

SINOPSIS BUKU: FIQH HADITH IMAM AL-SYAFIE KARYA DR.UMAR MUHAMMAD NOOR.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan  selawat dan salam kepada Nabi Muhammad ,keluarganya dan para sahabatnya.

Alhamdulillah, saya telah meyelesaikan pembacaan terhadap buku fiqh hadith imam al-syafie karya dr.Umar Muhammad Noor.Hari ini,saya ingin membuat sedikit ulasan megenai buku ini.
Buku ini sesuai bagi mereka ingin megetahui ketokohan Imam Syafie dalam bidang hadith dan kritik matan dan perawi hadith.

Secara umumnya,buku ini mempunyai 192 mukasurat dan dibahagikan kepada dua bahagian.Bahagian pertama tentang beberapa prinsip dan kaedah penting. Pada bahagian ini penulis berjaya  menceritakan tentang buku buku mengenai imam syafie,guru  hadith yang disamarkan ,hukum hadith mursal dan hadith lemah dan pelbagai lagi.
Bahagian kedua , penulis menceritakan tentang keunggulan fiqh hadith imam syafie dengan membawa beberapa  19 contoh masalah fiqh yang menjadi perselisihan para sarjana.Contohnya,hukum jilatan anjing dan babi, batalkah wuduk jika makan daging unta dan sebagainya.Penulis berjaya mendatangkan hujah hujah imam syafie  dan para sarjana yang berbeza dalam hal ini terutamanya, dalam kalangan ulama syafieyyah.

Saya mendapati penulis menjadikan tiga karya Imam Baihaqi sebagai teras pada penulisan kali ini. Pertama, Ma’rifah al sunan wa al athar. Kedua,Sunan al kubra dan akhir sekali ialah Manaqib Imam Syafie.

Kesimpulanya, saya ingin memetik kata kata penulis di kulit belakang buku ialah fokus utama buku ini ialah menjelaskan pandangan dan hujah Imam Syafie agar jelas keadah pemikiran beliau kepada pembaca. Sekian.

No comments:

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD ﷺ.

  https://unsplash.com/s/photos/desert Nabi Muhammad ﷺ lahir   pada hari Isnin bulan Rabi’ul Awwal tahun Gajah. Sewaktu kelahiran   Nabi M...