Friday, September 29, 2023

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD ﷺ.



 

https://unsplash.com/s/photos/desert

Nabi Muhammad lahir  pada hari Isnin bulan Rabi’ul Awwal tahun Gajah. Sewaktu kelahiran  Nabi Muhammad keluar cahaya yang menerangi istana istana di bumi Syam.

Dalil:

قَيْسِ بْنِ مَخْرَمَةَ، قَالَ: " وُلِدْتُ أَنَا وَرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفِيلِ

Dari Qais Bin Makhzamah berkata: Saya dan Rasullah lahir pada tahun Gajah. (Hadith Riwayat Ahmad. Status: Hasan ).

 

عن أبي قتادة الأنصاري رضي الله عنه قال: وسئل عن صوم يوم الاثنين؟ قال: ذاك يوم ولدت فيه.

Dari Qatadah  Al-  Ansari berkata; Rasullah ditanya tentang puasa hari Isnin. Sabda Baginda Saya lahir pada hari tersebut ( Isnin). (Hadith Riwayat Muslim. Status: Sahih).

 

عَنْ عِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أُمَّ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَتْ حِينَ وَضَعَتْهُ نُورًا أَضَاءَتْ مِنْهُ قُصُورُ الشَّامِ.

 

Dari Irbad Bin Sariyyah berkata: Saya mendengar Rasullah bersabda: Ibu Rasullah melihat  cahaya menerangi istana istana dibumi Syam sewaktu melahirkan Rasullah .( Hadith Riwayat Ahmad. Status: Shahih Li Ghairihi).

Monday, June 25, 2018

SINOPSIS BUKU: FIQH HADITH IMAM AL-SYAFIE KARYA DR.UMAR MUHAMMAD NOOR.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan  selawat dan salam kepada Nabi Muhammad ,keluarganya dan para sahabatnya.

Alhamdulillah, saya telah meyelesaikan pembacaan terhadap buku fiqh hadith imam al-syafie karya dr.Umar Muhammad Noor.Hari ini,saya ingin membuat sedikit ulasan megenai buku ini.
Buku ini sesuai bagi mereka ingin megetahui ketokohan Imam Syafie dalam bidang hadith dan kritik matan dan perawi hadith.

Secara umumnya,buku ini mempunyai 192 mukasurat dan dibahagikan kepada dua bahagian.Bahagian pertama tentang beberapa prinsip dan kaedah penting. Pada bahagian ini penulis berjaya  menceritakan tentang buku buku mengenai imam syafie,guru  hadith yang disamarkan ,hukum hadith mursal dan hadith lemah dan pelbagai lagi.
Bahagian kedua , penulis menceritakan tentang keunggulan fiqh hadith imam syafie dengan membawa beberapa  19 contoh masalah fiqh yang menjadi perselisihan para sarjana.Contohnya,hukum jilatan anjing dan babi, batalkah wuduk jika makan daging unta dan sebagainya.Penulis berjaya mendatangkan hujah hujah imam syafie  dan para sarjana yang berbeza dalam hal ini terutamanya, dalam kalangan ulama syafieyyah.

Saya mendapati penulis menjadikan tiga karya Imam Baihaqi sebagai teras pada penulisan kali ini. Pertama, Ma’rifah al sunan wa al athar. Kedua,Sunan al kubra dan akhir sekali ialah Manaqib Imam Syafie.

Kesimpulanya, saya ingin memetik kata kata penulis di kulit belakang buku ialah fokus utama buku ini ialah menjelaskan pandangan dan hujah Imam Syafie agar jelas keadah pemikiran beliau kepada pembaca. Sekian.

Monday, January 1, 2018

PARA SAHABAT PALING BANYAK MERIWAYATKAN HADITH.



  • 1. Abu Hurairah .:5374 Hadith.

  • 2. Abdullah bin Umar : 2630 Hadith.

  • 3.Anas bin Malik: 2286 Hadith.

  • 4.A'isyah binti Abu Bakar: 2210 Hadith.

  • 5.Abdullah bin Abbas:1660 Hadith.

  • 6.Jabir bin Abdullah :1540 Hadith.

  • 7.Abu Saied Al Khudri: 1170 Hadith.

  • 8. Abdullah bin Mas'ud:848 Hadith.

  • 9. Abdullah bin Amr' bin Al As:700 Hadith.
  • Rujukan: Muka surat: 109. Kitab: Ulum Al hadith karya Dr. Abu Laith .Cetakan Ke-tujuh Darul Syakir .


KELAHIRAN NABI MUHAMMAD ﷺ.

  https://unsplash.com/s/photos/desert Nabi Muhammad ﷺ lahir   pada hari Isnin bulan Rabi’ul Awwal tahun Gajah. Sewaktu kelahiran   Nabi M...